Pengikut

waktu solat

Rabu, 18 Januari 2012

sekadar renungan bersama

Tatkala tuhan menjemput ku,
Ianya saat pengakhiranku bersamamu,
Saat yang membangkitkan memori aku dan kamu,
Datang seperti epik satu persatu.

Sesungguhnya telah ditakdirkan itu saat terakhirku,
Lansung tidak bererti itu juga saat terakhirmu,
Kerana Dia telah menetapkan,
Saat terakhirku disini, saat terakhirmu Rahsia Illahi.

Dari Allah kita datang,
kepadaNya jua kita dikembalikan,
dan itulah janjiNya yang termaktub,
untuk aku, kamu dan kalian.

Demi Tuhan yang Maha Mengetahui,
Dia menjemputku kerana sayangNya padaku,
Disegenap sunyi Dia menjemput,
Syukur, dipembaringan ditemani kalian-kalian disisi.

Demi Tuhan yang Maha memberi,
Beberapa purnama telah berlalu pergi,
Beberapa purnama yang penuh beremosi,
Beberapa purnama yang puas ku terokai,
Beberapa purnama yang ku pinjami,
Anugerah tak terhingga kasih Illahi,
Memperlihatkan kasih insan-insan disisi,
Yang mungkin tak semua akan rasai,
Beberapa purnama, hanya beberapa purnama....

Demi Tuhan yang Maha Suci,
Yang Maha Mengetahui segala yang terjadi,
Mendugamu dengan menjemputku,
Kerana Dia Maha Tahu, kamu mampu,
Kerana Dia Maha Nyata, kamu terdaya.

Dengarlah wahai waris-warisku,
Dengarlah wahai kaum-kerabatku,

Ingatilah wasiat-wasiat yang pernah aku sandarkan,
Tatkala engkau sedar atau tidak,
Yang aku carumkan dari segenap pengalaman,
Yang tidak semestinya betul dan tidak semestinya salah,
Dan tugas kamu,
menghitung, melihat, menafsir erti hidup,
dari kanta matamu.

Sekalung kemaafan aku pohonkan,
Dari segenap darah mengaliri pembuluhnya,
Hanya kerana aku biasa,
Bukan maksum, bukan sempurna,
Dan jadikan kesalahan ku ini pengajaran untukmu,
Untuk kau meniti masa-masa yang tersisa,
Sebelum kita bersua, di sana.

Aku pupus dari pandangan,
Jangan pupus dari ingatan,
Tatkala engkau menadah tangan untukku,
Seraya itu aku menadah tangan untukmu.

Temanilah aku di kuburan nanti,
Dengan doa, qudus dan mulus,
Aku bukan kaya, tapi kaulah hartaku
Aku bukan sarjana, tapi engkaulah ilmuku,
Dan aku ada kamu, yang boleh memimpinku,
Menyusuri langkah ke Jannah.

Menangislah, dan cukuplah sekali itu,
Jangan ianya berterusan kerana ianya menyiksaku,
Cukuplah sekali itu, dan tempuhilah hidupmu,
Dengan penuh kegembiraan,
Dengan penuh kisah menarik,
Dengan penuh kisah melucukan,
Dengan cerita kehidupan,
Untuk kita kongsi, andai bertemu disuatu hari,
InsyaAllah, kerana janji Tuhan itu pasti,
Untuk yang merindui dan mencintai,
Hanya untuk mengecap cinta Illahi.

” اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ :

صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ “.

Maksudnya :
“ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.

::Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN::

..buat sahabat-sahabatku yang kehilangan insan tersayang, bersabar dan bertabahlah mengharungi dugaan. Sesungguhnya Allah takkan menguji hambaNya dengan dugaan yang tak tertanggung olehnya..

Salam takziah dari hati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan