Pengikut

waktu solat

Isnin, 30 Julai 2012

doa majlis

بِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

(doa pembuka)

Ya Allah... (aku/kami) menadah tangan berdoa pada kali ini...
ingin memohon ampun atas segala dosa-dosaku...
dosa kedua ibu dan bapaku...
adek-beradek
saudara mara
sahabat-sahabat
muslimin dan muslimat
sama ada yang masih hidup atau sudah kembali kepadaMU...
Ya ALLAH...
(aku/kami) yang tak pernah lepas dari membuat silap...
walau dalam sedar atau alpa
walau dalam sengaja atau tak disengajakan...
walau dalam ingat atau terlupa...
yang mana dosa...
yang mana pahala...
jauh dari sudut hati (ku/kami)
YA RABB...
(aku/kami) cuba menjadi insan yang taat
setia padamu YA RABB...
agar (aku/kami) tidak mengulangi kedaifan (ku/kami) itu...

Ya ALLAH...
dimajlis yang mulia ini...
seraya (aku/kami) menadah tangan...
berdoa...
mengagung2kan...
memuji2 akan kebesaranMU...
apalah kiranya KAU berilah (aku/kami)...
limpahan rahmat dan kurniaanMU kepada (ku/kami)...
agar (aku/kami) tidak pernah lupa tentang kebesaranMU...
kurniakanlah (aku/kami) rezeki yang mencukupi...
yang halal lagi barakah...
agar dapat (aku/kami)... 
meneruskan kehidupan (aku/kami)...
sebagai hambaMU...
agar (aku/kami) dapat meringankan diri membuat ibadah
dalam mensyukuri nikmat rezeki dariMU
kurniakanlah (aku/kami) taufik dan hidayah...
agar (aku/kami) merasa disayangi dan diberkati...
merasa tenang dan damai...
dibawah naunganMU...
janganlah KAU pesongkan hati (aku/kami)
setelah KAU memberi petunjuk kepada (aku/kami)

 Wahai zat yang berdiri dengan sendiriNYA...
(aku/kami) berdoa dengan seikhlas hati (aku/kami)
mendoakan kesejahteraan (majikan/ketua) (aku/kami)...
agar diberikan kesihatan dan buah2 fikiran yang sehat
agar dapat membimbing (aku/kami) bersama dengan (majikan/ketua) kami...
melakar kejayaan dan memberi manfaat...
kepada sekalian manusia...
dari sumbangan pekerjaan (aku/kami)...
sebagai warga (jenis kerja)
dalam usaha membina masa depan
yang seiring dengan teknologi masa kini...
agar (aku/kami) dapat merealisasikan
wawasan dan malamat (aku/kami)
demi masa depan yang akan datang yang lebih mencabar...
kerana yang baik itu datang dariMU...
yang kurang mungkin atas kesalahan (aku/kami)...
KAU restuilah cita-cita (aku/kami)
KAU berkatilah usaha (aku/kami)
agar matlamat dan usaha (aku/kami)
dapat memberi manfaat serta mendatangkan pahala
yang tidak pernah putus
untuk saham akhirat kami

(doa penutup serta doa makan)

Sabtu, 21 Julai 2012

dulu pergi berdua... sekarang... haihhhhhhhhh...

masih segar diingatan. dulu kalau nak dekat puasa je mesti dpt duet. suh service engine,tuko minyak,pluck, n check tayo. skrg aku tgk motor tu dah tersdai kat tepi dinding. masih elok. cuma aku terlampau sayu nk sentuh motor tu. kalau dulu soalan pertama yg ditanye,g masjid depan ke surau belakang paez? skrg aku hanya mampu melangkah ke masjid depan. aku cekalkan hati tahan sebak mengingat kembali ketika arwah masih ada. walau mcm mane pon aku still rase bersyukur kehadrat ILLAHI. yang aku masih dipanjangkan umur untuk jumpa ramadhan kali ini. cuma kali ini kehidupan aku dan keluarga xseceria dulu. pada kala ini sepatutnya die baru blk dylesis n sedang rehat di atas katil. kali ni aku tgk katil ibu sepi. xde sorang pon atas katil tu. aku rindu sgt2 nk tgk die baring rehat kat atas katil tu. tp itu semua hanya tinggal kenangan. selesai je solat sunat tarawih,bagai terase die ade dibelakang. die xsuke duduk kat saf depan sbb die xsuke tmpt yg ramai org. die pun kuat xkuat nk bangun. kadang2 die menghela nafas keras memaksa diri die utk terus setia sujud mengharap keampunan terhadap ILLAHI. walaupun pada pandangan aku dulu,die sbnrnye xbermaya. tp abah gagahkan jugak demi mendapatkan pahala utk menuju syurga diakhirat nanti. dulu kalau nk saho mesti tggu die. kali ni kiteorg saho bertige je. tggu along n kakak ipo blk sini baru berlime. kejap lg waktu berbuka nnt apela perasaan aku nnt. ALLAHHUAKHBAR! betapa sakitnya ujian yang KAU beri. tapi aku percaya YA RABB. KAU xkan uji seseorg hambaMU kalau hambaMU ni xkuat nk tanggungnye. kerana ajal,jodoh dan pertemuan semuanya ditanganMU YA RABB. tp itulah hakikat yang aku kene telan. sabar dan ikhlas itu ISLAM. semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna pada aku. aku berazam nk rebut semua pahala dalam ramadhan kali ini. walau pon perit,sedih,sebak sedang meraja didalam hati aku. cinta ILLAHI tetap aku cari walaupun nyawa sebagai galang ganti. cinta ILLAHI lebih bermakna dari segala-galanya. aduhai... kuatkanlah hati hambaMU ini YA RABB!

Ahad, 1 Julai 2012

mendongak kelangit sambil bertasbih


jerat percintaan by mohram

Assalammualaikum...
memberi salam
dari kiri ke kanan
selesai solat isya'
beristighfar tiga kali
menginsafi kekurangan diri
membaca al-fatihah
untuk RASUL junjungan
arwah abah tercinta
dan untuk aku...
berdoa
untuk diri dan semua difikiran
supaya selamat
dunia dan akhirat
selesai tamat aku berdoa
aku terpanggil 
untuk mencoret-coret
nukilan yang lahir dari hati
sambil terngiang2
alunan seruling yang mendamaikan...
terkenang daku
tentang kemanisan hidup ku
yang girang dahulu kala
rasa cemburu yang teramat
tapi ternyata
semua itu hanya mimpi belaka
kenangan yang tak mungkin
aku akan jumpa lagi
tapi kerana rindu
aku hanya mampu
tersenyum pahit
mengenang saat kegirangan
 yang telah berlalu
entahlah...
aku sendiri bingung
kenapa dan mengapa
persoalan
yang tak patut aku cari lagi
maka
dongaklah aku ke langit
bertasbih memuji-muji
kebesaran ILLAHI
menginsafi kekerdilan diri
yang aku hanyalah
cuma manusia biasa
tak perlu  diungkit lagi
kisah yang berlalu pergi
jika tidak
ia hanya meracun diri
dendam yang tiada kesudahan
bukankah banyak lagi pintu kebahagiaan?
bukankah ALLAH itu MAHA MENDENGAR?
haihhhhhhhhhhhhh....
kenapa perlu menyiksa diri?
bukankah semuanya telah berakhir?
aku sendiri tahu
cuma kesepian yang mencengkam
membuatkan luka lama
berdarah kembali
usah dikenang
mereka yang sudah tiada
usah diintai dia yang tak sudi
apa yang harusku lakukan
bangkit semula
walaupun dalam keadaan 
merangkak,bertatih,berjalan
mahu pun dengan pantas berlari!
mencari haluan yang pasti
ia...
kerana janji ALLAH itu pasti
walaupun kegembiraan yang dahulunya
diagung-agungkan
tidak serupa dengan keindahan lalu
usah lagi menjerat diri
kerana aku tahu
apa bahananya
apa akibatnya
yang sudah itu sudahlah
tamatkanlah riwayat kepedihan lalu
bangunlah
cipta kegirangan yang baru
tak perlu takut jika diri tak dihargai
tetapi takutlah jika diri tidak berharga lagi
pandangan ALLAH tak sama dengan sesama manusia
pasti ada hikmah disebalik ujian
cuma kita yang perlu bertahan
malah bersabar dalam kesabaran
kerana syaitan
kan sentiasa menghasud
umat ADAM AS
tersesat dari jalan ALLAH
Na'uzubillah min zaliq
langit ILLAHI 
ku pandang dengan penuh makna
bertasbih memuji-muji kebesaran ALLAH
DIA MAHA MENGETAHUI
apa yang berlaku
sebelumnya,yang sedang dan akan berlaku
bersamalah kita
berdoa
agar mendapat rahmat dan lindungan dariNYA
agar diakhirat nanti
kita tidak akan menjadi orang yang rugi lagi hina!
lantas dicampakkan ken neraka jahanam!
oh tidak...
alangkan panas mentari ku lari
ini kan pula neraka ALLAH?
memang tak lah jawabnya...
setialah pada janji
yang sering kita lafazkan
ditahyat awal serta akhir
disetiap lima waktu solat kita
"tiada tuhan selain ALLAH
nabi MUHAMMAD itu pesuruh  ALLAH"
yakinlah dengan kekuasaanNYA
jadikan quran sebagai 
petunjuk,pedoman dan penyejuk hati
kerana cinta ALLAH kekal selama-lamanya
cinta sesama insan nafsu semata-mata
membuat hati menjadi buta
seolah-olah tidak takut akan azabNYA...

"YA ALLAH... fahamilah kehendak hatiku...
penuhilah hajatku...
walaupun tidak berani berjanji dengan pasti...
aku tetap setia sujudku kepadaMU
berikanlah aku cinta YA ALLAH
kerana aku juga ingin bahagia
seperti hamba-hambaMU yang lain...
aku sedar siapa diriku yang serba kekurangan ini
terimalah taubatku 
ampunkanlah aku
Kerana KAU lah Tuhan
Yang Maha Mendengar
setiap apa yang terbuku dihati
yang berusaha ingin bahagia lagi..."
Amin Ya RABB

12.26am 
2 julai 2012