Pengikut

waktu solat

Ahad, 1 Julai 2012

mendongak kelangit sambil bertasbih


jerat percintaan by mohram

Assalammualaikum...
memberi salam
dari kiri ke kanan
selesai solat isya'
beristighfar tiga kali
menginsafi kekurangan diri
membaca al-fatihah
untuk RASUL junjungan
arwah abah tercinta
dan untuk aku...
berdoa
untuk diri dan semua difikiran
supaya selamat
dunia dan akhirat
selesai tamat aku berdoa
aku terpanggil 
untuk mencoret-coret
nukilan yang lahir dari hati
sambil terngiang2
alunan seruling yang mendamaikan...
terkenang daku
tentang kemanisan hidup ku
yang girang dahulu kala
rasa cemburu yang teramat
tapi ternyata
semua itu hanya mimpi belaka
kenangan yang tak mungkin
aku akan jumpa lagi
tapi kerana rindu
aku hanya mampu
tersenyum pahit
mengenang saat kegirangan
 yang telah berlalu
entahlah...
aku sendiri bingung
kenapa dan mengapa
persoalan
yang tak patut aku cari lagi
maka
dongaklah aku ke langit
bertasbih memuji-muji
kebesaran ILLAHI
menginsafi kekerdilan diri
yang aku hanyalah
cuma manusia biasa
tak perlu  diungkit lagi
kisah yang berlalu pergi
jika tidak
ia hanya meracun diri
dendam yang tiada kesudahan
bukankah banyak lagi pintu kebahagiaan?
bukankah ALLAH itu MAHA MENDENGAR?
haihhhhhhhhhhhhh....
kenapa perlu menyiksa diri?
bukankah semuanya telah berakhir?
aku sendiri tahu
cuma kesepian yang mencengkam
membuatkan luka lama
berdarah kembali
usah dikenang
mereka yang sudah tiada
usah diintai dia yang tak sudi
apa yang harusku lakukan
bangkit semula
walaupun dalam keadaan 
merangkak,bertatih,berjalan
mahu pun dengan pantas berlari!
mencari haluan yang pasti
ia...
kerana janji ALLAH itu pasti
walaupun kegembiraan yang dahulunya
diagung-agungkan
tidak serupa dengan keindahan lalu
usah lagi menjerat diri
kerana aku tahu
apa bahananya
apa akibatnya
yang sudah itu sudahlah
tamatkanlah riwayat kepedihan lalu
bangunlah
cipta kegirangan yang baru
tak perlu takut jika diri tak dihargai
tetapi takutlah jika diri tidak berharga lagi
pandangan ALLAH tak sama dengan sesama manusia
pasti ada hikmah disebalik ujian
cuma kita yang perlu bertahan
malah bersabar dalam kesabaran
kerana syaitan
kan sentiasa menghasud
umat ADAM AS
tersesat dari jalan ALLAH
Na'uzubillah min zaliq
langit ILLAHI 
ku pandang dengan penuh makna
bertasbih memuji-muji kebesaran ALLAH
DIA MAHA MENGETAHUI
apa yang berlaku
sebelumnya,yang sedang dan akan berlaku
bersamalah kita
berdoa
agar mendapat rahmat dan lindungan dariNYA
agar diakhirat nanti
kita tidak akan menjadi orang yang rugi lagi hina!
lantas dicampakkan ken neraka jahanam!
oh tidak...
alangkan panas mentari ku lari
ini kan pula neraka ALLAH?
memang tak lah jawabnya...
setialah pada janji
yang sering kita lafazkan
ditahyat awal serta akhir
disetiap lima waktu solat kita
"tiada tuhan selain ALLAH
nabi MUHAMMAD itu pesuruh  ALLAH"
yakinlah dengan kekuasaanNYA
jadikan quran sebagai 
petunjuk,pedoman dan penyejuk hati
kerana cinta ALLAH kekal selama-lamanya
cinta sesama insan nafsu semata-mata
membuat hati menjadi buta
seolah-olah tidak takut akan azabNYA...

"YA ALLAH... fahamilah kehendak hatiku...
penuhilah hajatku...
walaupun tidak berani berjanji dengan pasti...
aku tetap setia sujudku kepadaMU
berikanlah aku cinta YA ALLAH
kerana aku juga ingin bahagia
seperti hamba-hambaMU yang lain...
aku sedar siapa diriku yang serba kekurangan ini
terimalah taubatku 
ampunkanlah aku
Kerana KAU lah Tuhan
Yang Maha Mendengar
setiap apa yang terbuku dihati
yang berusaha ingin bahagia lagi..."
Amin Ya RABB

12.26am 
2 julai 2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan